Kursus Khusyuk Itu Mudah – 29 Mei 2010
Jangan ketinggalan lagi! Daftar Segera – Tempat Terhad
Tarikh: 29 Mei 2010, Sabtu
Pembimbing kursus: Ustaz Yus Ansari (Ketua Umum Solat Center Bandung)
Tempat: Balai Islam Tenaga Nasional Berhad, 129 Jalan Bangsar. Berdekatan dengan stesen LRT Abdullah Hukum
Masa: 9:00 pagi – 5:00 petang (pendaftaran mula jam 9:00 pagi)
Yuran: RM 95
Telefon: 0192267963 (Rose) / 0196241965 (Nora)
“Sungguh beruntung orang-orang yang beriman (iaitu) orang-orang yang khusyuk dalam solatnya” (Al-Mu’minun: 23: 1-2)
Banyak orang beranggapan bahawa solat khusyuk hanya dapat diraih oleh para wali atau para kaum sufi sahaja. Padahal Solat Khusyuk itu mudah. Sebagaimana ayat Al-Qur’an tersebut di atas, seharusnya setiap orang yang beriman ketika solat mereka dalam keadaan khusyuk
Banyak manfaat solat hanya dapat kita perolehi jika kita melakukan dengan khusyuk. Salah satunya solat akan membentuk peribadi mulia. Solat khusyuk dapat memberi kebaikan secara langsung kepada diri kita, keluarga, pekerjaan dan persekitaran
Kursus Khusyuk Itu Mudah menggunakan kaedah pendekatan yang mudah difahami dan telah terbukti keberhasilannya. Dibimbing secara langsung oleh Ustaz Yus Ansari, Ketua Umum Solat Center Bandung, peserta akan diajak untuk meraih solat khusyuk dengan cepat. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengikuti Kursus Khusyuk Itu Mudah dan laluilah nikmat hari-hari penuh kedamaian.
Penyampaian kursus ini disampaikan dengan bahasa yang mudah dan dibantu dengan sajian multimedia sehingga mudah difahami. diikuti dengan praktikalnya agar seluruh peserta dapat merasakan langsung kebenaran dan kebesaran Al-Qur’an dan Hadis. Di antara isi kandungan kursus ini adalah seperti berikut:-
Falsafah Solat Tekanan (stress) adalah disebabkan perubahan mental dan emosi seseorang sehingga kejahatan sering kita temukan di sekeliling kita. Baik di tempat kerja mahupun di kalangan orang-orang yang paling dekat dengan kita, iaitu keluarga. Allah telah menyebutkan dalam Al-Qur’an bahawa solat adalah cara yang paling efektif untuk mencegah perbuatan keji dan mungkar Pada sesi ini anda akan diajak melakukan teknik pencegahan dengan menenangkan fikiran, hati dan fizikal anda. InsyaAllah anda akan merasakan langsung manfaatnya
Relaksasi dalam solat Solat merupakan jalan spiritual yang melibatkan semua aspek dalam diri manusia secara holistik. Pada sesi ini, peserta tidak hanya diajarkan bagaimana menurunkan tahap stress pada otak, mengendorkan urat saraf dan tulang tetapi juga akan diajak menurunkan emosi yang seringkali bergejolak secara tiba-tiba. Dengan mempraktikkan wudhuk yang benar, berzikir dengan tenang serra merasakan aroma wawangian yang menyentuh deria hidung, maka anda akan terus merasa relaks.
Isi Kandungan dan manfaat kursus
Otak dan Spiritual Otak adalah pusat kesedaran manusia di samping sebagai pusat pengggerak seluruh tubuh organ. Namun selama ini kita baru memfungsikan kesedaran yang berasal dari otak, belum secara khusus menggali aspek terpenting dalam diri manusia iaitu spiritual. Di dalam solat, anda dikenalkan dan diajak menjelajah dunia spiritual secara hakiki. Anda akan diajak memasuki wilayah kesedaran yang tertinggi iaitu perjumpaan dengan Allah dan anda akan menemukan “The Real Peak Experience”.
Who Am I Dengan mengetahui siapa diri kita secara realiti kejiwaan, maka kita akan mampu membebaskan persoalan emosi yang ditimbulkan oleh fikiran dan reaksi tubuh. Pada latihan ini, anda akan dapat merasa benar-benar terbebas darinya.
Mengenal Hakikat Ketuhanan Tidak hanya dikenalkan terhadap nama-nama Indah yang dimiliki Allah, tetapi adalah diharapkan dengan latihan ini anda mampu merasakan getaran Ilahi yang mempengaruhi setiap bacaan solat mahupun ketika berzikir di dalam hati kita. InsyaAllah anda akan merasakan secara langsung segala impak dari itu semua

salam Pn. Nora nk tanya pak abu ke yang beri training nanti,alumni boleh join sekali tak. Terima Kasih
Salam, bukan Pak Abu yang beri training tapi Pak Yus Ansari .. Ketua Umum Solat Center Bandung
Alumni boleh join sekali