Hanya terus menjatuhkan hukum tanpa usul periksa dan muzakarah.
Muzakarah hanya berlaku sesama sendiri lalu menjatuhkan hukum.
Inilah masalah terbesar umat Islam sekadar mendengar cerita, membaca berita dll tanpa mendengar sendiri ulasan sebenar.
Lalu wujudlah sebuah fitnah yang amat hebat.

Mengenai fitnah, Allah berfirman bermaksud: "Dan fitnah itu lebih besar bahayanya daripada pembunuhannya." (Surah Al-Baqarah: 191)

Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan,
muncul pelbagai fitnah, berleluasa sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah." (Riwayat Muslim)

Islam mempunyai kaedah lebih ketat bagi memastikan kebenaran sesuatu berita supaya tidak terperangkap dengan berita berunsur fitnah.
Sebagai Muslim dan Muslimah, kita wajib menghalusi setiap berita diterima supaya tidak terbabit dalam kancah berita berunsur fitnah.
Harus ada sebuah pertemuan antara yang memfitnah dan difitnah untuk mendapatkan berita kesahihan.

Ini selaras dengan firman Allah yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman,
jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini,
dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan." (Surah Al-Hujurat: 6)

Jangan anggap menyebarkan cerita tidak benar itu sekadar kesalahan kecil.
Hakikatnya, fitnah itu ibarat api dan dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah." (Riwayat Bukhari dan Muslim)